Dimaklumkan bahawa kursus e-pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (e-PKJR) telah berjaya dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama pegawai-pegawal Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembangunan e-PKJR ini adalah untuk memastikan kelestarian pelaksanaan bimbingan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia yang telah dilaksanakan secara fizikal sepanjang tahun 2018 hingga 2020. Inisiatif e-PKJR ini juga diambil rentetan penularan Cavid-19 yang menghalang pelaksanaan bimbingan secara fizikal.
Objektif pelaksanaan e-PKJR adalah seperti berikut:
- Memberi bimbingan kepada guru-guru BM seluruh Malaysia secara dalam talian tentang penyerapan ilmu PKJR dalam PdP BM peringkat Sekolah Rendah dan Menengah.
- Melahirkan guru yang mahir menyerap ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP BM secara optimum.
- Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan amalan keselamatan jalan raya dalam kalangan guru-guru dan Pendidikan.
E-PKJR boleh diakses melalui laman sesawang epkjr.gov.my. Semua guru perlu mendaftar akaun pengguna sebelum mengikuti kursus yang disediakan.
PAUTAN VIDEO TUTORIAL KURSUS:
Sekian.