Dimaklumkan
bahawa penempatan murid Tahun 6 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ke Tingkatan 1 dan kelas peralihan bagi
kalendar akademik sesi 2023/2024 adalah berdasarkan keputusan Ujian Akhir Sesi
Akademik yang dijalankan pada bulan Januari 2023.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa penempatan murid Tahun 6 SJKC dan SJKT ke Tingkatan 1 dan kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 adalah berdasarkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Ujian Akhir Sesi Akademik seperti ketetapan berikut:
- murid Tahun 6 SJKC dan SJKT yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) 3 hingga TP6 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Ujian Akhir Sesi Akademik ditempatkan terus ke Tingkatan 1.
- murid Tahun 6 SJKC dan SJKT yang mencapai TP 1 dan TP 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Ujian Akhir Sesi Akademik ditempatkan ke kelas peralihan.
KPM juga mengambil maklum terdapat ibu/bapa/penjaga yang ingin anak/anak jagaannya untuk dikecualikan dari kelas peralihan. Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan untuk membenarkan ibu/bapa/penjaga murid yang mencapai TP2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Ujian Akhir Sesi Akademik mengemukakan rayuan di sekolah menengah murid itu ditempatkan. Walau bagaimanapun, murid berkenaan perlu lulus Ujian Pengesanan Literasi Bahasa Melayu (UPLBM) untuk dikecualikan daripada mengikuti kelas peralihan.
Ujian
Pengesanan Literasi Bahasa Melayu berkenaan akan dilaksanakan mengikut
ketetapan berikut:
Tarikh 22 Mac 2023 (Rabu)
Masa 10.00 pagi hingga 11.15 pagi
Tempat Di sekolah menengah murid ditempatkan